<body>



I throw all of your stuff away. I’m gonna clear you out of my head. I tear you out of my heart.
And ignore all your messages. 'Cause I'm so much better without you.
But it’s just another pretty lie. 'Cause I break down.
Every time you come around. So how did you get here under my skin? I swore that I'd never let you back in.
Should have known better in trying to let you go. 'Cause here we go go go again.
Hard as I try I know I can't quit. Something about you is so addictive.
We're falling together. you'd think that by now I'd know. cause here we go go go again.


2011/12/30, 08:00
2011 tahun berjuta kenangan.

asssalamualaikum dan selamat sejahtera. tajuk kat atas tu..hmm.. actually aku takdelah ingat semua, tapi aku akan cerita sikit-sikit. p/s: ade sikit pasal twitter aku.

januari 2011: aku masuk ke alam form 3, ye. itu maknanya aku masuk ketahun mak, ayah,pakcik,makcik,atuk,nenek dan semua yang tak terlibat melibatkan diri untuk BET dengan aku untuk periksa PMR bulan sepuluh. aku ade 3 orang sepupu yang sebaya. 

mei 2011: blog, bulan lima nilah kau wujud,tapi aku tak tahu berape haribulan.sorry  sebab tak ingat tarikh, so ulangtahun blog ni sepanjang bulan 5. untunglah~ kau akan dirai sepanjang bulan lima.

mei-september 2011: kertas kerja berlambak atas meja,dan menyebabkan aku beli file poket sebanyak-banyaknya.haha.start sini aku mula bingung dengan cita-cita aku nak jadi apa,tiba-tiba je atuk aku tanya "nak jadi apa dah besar nanti?" aku pun dengan ringkas menjawab "nak jadi orang yang berguna la tok." kat semua orang aku cakap tu cita-cita aku, ni mungkin sebab aku terlampau banyak cita-cita kutt.

ogos 2011: aku masuk pertandingan menyanyi, actually, tulis nama je. supaya cikgu dapat sebut nama aku kuat-kuat kat dewan tu, yang kesian pasal cikgu yang sebut nama aku tu, aku tak de masa dia sebut nama aku. saya busy la cikgu, saya belajar kat dalam kelas. lagipun aku seganlah nak perform solo..tak pernah try lagi. tahun depan ye cikgu. nantikan kemunculan saya. harap dapat duet dengan abang suara power tu. waa, saya bangge tengok dia nyanyi sesedap tu,haha. 15hb, mak aku tiba-tiba nak sambut birthday aku, yelah..dah dua tahun berturut-turut tak sambut. so tahun nilah baru aku menyambut ulangtahun ke tuaanku.haha.

september 2011: 16hb memang hari paling sedih, sebab ayah aku sakit angin ahmar tiba-tiba dan mengejut. bermula dari hari itu semua menjadi kacau-bilau. nampak mak orang yang paling penat, balik dari hospital jaga ayah, kat rumah jaga kitorang pulak. tengok macam mak je yang sakit, tapi Alhamdullilah, semua itu kejap je..sebelum aku start periksa tu semua family member dah ade kat rumah, syukur Alhamdulillah..

oktober 2011: peperiksaan yang menyeramkan bermula~ tapi takdelah seseram mane pun. bole tidur pulak mase tengah amek paper Kemahiran Hidup, pengawas peperiksaan kejut pun aku tak sedar. tulah,amek exam paper pukul 2ptg, sure memang ngantuk.haha.

november 2011: 3hb, itu tarikh bermulanya aku menjejakkan semula kaki aku ke dunia kpop yang dah lama aku tinggalkan. yo. group boyband pertama aku tengok,tulah jadi spot aku sekarang "SUPER JUNIOR". cakap dengan aku kalau ade sape-sape yang tak kenal diorang. haha. pastu, aku pelik kenapa "TVXQ" berpecah, dan akhirnya aku terbaca berita pasal dorang kat allkpop. mendukacitakan...harap group yang lain tak mengalami nasib macam TVXQ..

december 2011: hah. bulan ni bulan kabut sikit, time-time dah dekat 20hb baru nak cari tahu,keputusan nak amek bile. mereka, mulalah jual tarikh. ko pk aku main no ekor ape? ha..nak jual-jual nombor pulak. yang paling mengejutkan pasal keputusan aku, KH aku dapat A. ni mesti berkat aku tidur tu..haha, ngarut. actually,just takde huruf C,D dan E. hanya tuhan saja yang tahu ape yang aku rasa..huh' lega. walaupun hanya berjaya mengutip 2A. yang lain semua B, kire ok la tu, walaupun TAB/phone touch screen yang dijanjikan terlepas dari tangan. yo. 2A lagi tu lesap dan muncul sebagai B. haishhh..

twitter: kalau ade yang tertanya-tanya kenapa aku suka tulis tweet yang ke-*** tu, bukan ape. aku just pelik je, aku rasa aku dah tulis banyak bende, sampai satu hari tu aku ingat dah mencecah angka 800, rupanya baru 672, tak ke bengang tu. adik aku pulak dah pelik. "kak, kenapa tweet akak tak naik-naik? orang lain punya dah beribu dah.aku pulak jawab"entahlah akak pun tak tahu, akak rasa akak dah banyak tegur-tegur kawan kat tweet ni,tapi..hmm..hasilnye tak memberangsangkan." tahun depan, mak aku dah buat jadual untuk online, hanya sabtu dan ahad. what?.. lagi menyusahkan hidup aku. dahlah ari sabtu malam ahad tu dah tentu-tentu tak pasti online ke tidak, malam ahad tu, jangan harap aku nak tidur lewat. siang sabtu dan ahad. budak dua orang tu, mane bagi aku pegang lappy ni, dari pagi sampai ke malam kadang-kadang dorang guna. haishh..online game aku, baibai lah.. tahun depan,jangan harapkan aku dapat mengurus kau. take care, bayi! muahhh.. :*